Wednesday, September 23, 2009

Jujur itu Indah

Assalamualaikum...
Selamat menyambut hari lebaran...
Semoga setiap urusan kita dipermudahkan oleh-Nya...

Setiap manusia ada kisah hidup masing-masing. Cerita zaman kanak-kanak mahupun zaman remaja mereka, seperti juga aku yang selalu merindui masa-masa lalu dalam hidup aku, kerana di masa-masa lalu itulah aku banyak belajar tentang erti kehidupan dan kejujuran. Kejujuran yang sering menyedarkan aku tentang siapa aku. Kejujuran yang sering memaksa aku membuat pilihan dan pengorbanan. Kejujuran yang kerap kali mengajarkan aku tentang hati budi manusia. Kejujuran yang akan selalu aku pegang sebagai prinsip hidup aku dalam susah dan senang. Kerana aku percaya walaupun kejujuran itu suatu kepahitan, dalam kejujuran itu juga akan selalu ada keindahan. Keindahan yang membahagiakan, seandainya kita sanggup mencuba untuk menjadi insan yang jujur sejujur-jujurnya.

Akhirnya, di kesempatan Aidilfitri yang berbahagia ini, aku dengan sejujurnya dari lubuk hati ini ingin memohon ribuan ampun kepada bondaku tercinta, along yang kuhormati, akak-akak yang kusayangi, semua adik-adik yang kukasihi, saudara-saudaraku, jiran tetangga, sahabat dan rakan serta semua yang mengenali nama dan jasadku ini, sungguh hanya permohonan maaf sahaja yang mampu aku hulurkan.

Aku dengan rela hati memaafkan apa juga kesalahan samada sengaja atau pun tidak, yang kalian telah lakukan. Semoga kita sentiasa dalam perlindungan Allah s.w.t.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sekian...wassalam...